.::FaMiLy DaY'S AT Sri TaNjUng Chalet, MerSiNg::.


Assalamualaikum kepada cik blog dan kpade anda yg membace blog ni. Ngeh. Kali ni, aku baru balik daripada berholiday kat Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Ape yang diberi tahu kepada aku, di hadapan pantai chalet kitorang tu ade pulau iaitu Pulau Tioman. Tempat penginapan kami amat la best dan cantik tapi agak susah untuk mendapat line telefon tanpe wayar. Ramai sepupu-sepupu aku mencari line. macam-macam gelagat. hahaha. Tapi yang penting, Family Day kali ini agak berbeza daripada taun lepas. Family day taun ni telah dirancang dengan teliti. Pihak penganjur telah mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk merapatkan lagi ikatan kekeluargaan kami semue pada hari keluarge tersebut. Yang pasti, memang best!! Tahniah kepade abg-abg and kakak-kakak sepupuku kerane berjaye melaksanekan rancangan korang dengan sempurna. MySpace Akan ku curik gambar-gambar kt myspace or blog korang..hahaha..MySpace

5 Jun 2009/Jumaat

Aku dikejutkan pada awal pagi, tapi malang untuk aku kerane mendapat tido yang agak cket. Guu.. Seday.. Dengan tido yang tak cukup, aku pegi mandi, pack barang and bertolak ke Duyong. Aku terpakse ikut makcau kerane kereta tak muat. dah penuh for my siblings. lalalalala~
Semase di duyong, family cik jie n kak long sudah berade di Duyong. Setelah selesai sarapan, semua orang mengemas dan memasukkan barang-barang di dalam kereta masing-masing. Kemudian, kami bertolak ke tol tangkak untuk menunggu pak Long n cik melah sekeluarga.

Perjalanan mengambil mase selame 3 jam. Kami bertolak pada pukul 10.30 pagi. Tambah tolak mase, kitorang sampai kul 2 petang ke chalet. Semase di sane, abg chik, cik acim, pak teh, and uncle totit da ade kat sane. Mereka sedang membersihkan kawasan kantin and menyambut kedatangan kami semua. At this moment, my family blom dtang lagi because Ira and angah ade pertandingan kawad kaki. Leceh je.

Setibenye kitorang di sana, kitorang bersalaman. Bese lah, adat. Hahahah. Kemudian, aku ngan sepupu aku yg remaja pegi teroka pantai air papan tu.

Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com

Kemudian, aku ngan sepupu-sepupu aku tolong abg-abg sedare dirikan khemah.

Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com

Kemudian, kami diberikan sampul surat untuk menentukan warne kumpulan kami. Aktiviti hari pertame ialah membina Sand castle. Dalam acare ni, istana yang paling cantik dikira sebagai pemenang. Kat bawah ni adalah istana-istana yang berjaye dibina kami semue setelah diganggu pihak komiti semase membina nye..


Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com
istana biru istana merah istane oren

Semestinye kumpulan aku yang menang.. istana biru!!! istana biru adalah hasil
usaha cik mas, cik jie, mak long, kak Nor, aku, hafiz, ijan, putri, daniel, aqila dan ahli
kumpulan biru sendiri. Setelah tamat acara membine istane pasir, kami sekeluarga
turun ke laut untuk bermandi laut. Kami mandi laut untuk buang pasir setelah membina
sand castle. Kejap istana pasir kejap sand castle, ape da..

At nyte, aku, ijan, dyie, hafiz, and wan pegi carik kayu-kayu yang ley dijadikan
bahan bakar for campfire. Tapi malangnye campfire tak menjadi. Hahaha.
Api nyala orang nye tiade. Aku and sepupu-sepupu laki len sume pegi
maen futsal pantai malam-malam. Hohoho. Penat gler aku men
walaupon sekejap. Ntah kenape men kat pantai cepat pnat? Sape tau? And then,
bro Qurie bawak pegi minum kat kedai. Tapi kan, kedai tu sume takde.

Image hosted by servimg.com

Kebulur kitorang. hahaha. Kitorang mnum air je kat warung tu. Aku lak lupe,
mase tu bezday sakinah, hahahaha, terpakse wish cket je. Tak dapat kol die.
Da la ssah dapat line.

Kitorang pon tunggu kedatangan ayah aku n kak suzie pas minum tu.
In an hour, mereka pon tibe. Mase tu aku n sepupu len sume da nak tido
kat khemah. Cik Acim datang suh kitorang tido kat bilik kosong
sementara kak dyla blom tibe. Keiry, fauzi, dyie, ijan and apis tido
dlam bilik tu. Nyte!!

6 Jun 2009/Sabtu

Arini adalah ari paling best. Banyak aktiviti yang dilakukan pada ari ni.
Bangun je pagi da kol bape. Penat ar katekan. hahaha. ye ye je.
Aku and sepupu aku g pantai. Amek udare segar. Ade yang men
layang-layang. Pagi yang ceria. Hahaha.

Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com

After lunch, sume orang dipanggil tuk menjalankan aktiviti
seterusnye iaitu tressure hunt. Tiga kumpulan semalam, diberi
tugasan yang same sepanjang aktiviti. Antara aktiviti dalam tressure
hunt adalah boling kelape, lari dalam guni, apollo13, cari gule
dalam tepung. Aktiviti kami amat meriah sehingga menarik
perhatian beberapa orang luar untuk menyaksikan kami beraksi.
hohohoh.

Kerjasame setiap kumpulan mmg best. Semue sporting.
Gler best ar. Sorakan dan gelak ketawe tak pernah putus
antare kumpulan. hahaha. Gambarnye akan di sertakan nanti.

Aktiviti seterusnye adalah body language. Setiap pasukan
dikehendaki menghantar seorang untuk memberitahu ape
yang dilihat pada kad yang ditunjukkan pihak komiti. Antare klu-klu
yang dipilih bg aktiviti ini adalah pakcik, mercu tande, peribahase,
tajuk wayang and tajuk lagu. Macam-macam gaye dibuat para
peserta. Termasuk la aku. Nasib baik aku dapat benda yang senang
iaitu KLCC. hohoho.
Image hosted by servimg.com

Tamat tressure hunt, kami dikehendaki menghias board masing-masing.
Kemudian, aku pegi join men futsal. Penat woo. Men
kat pantai. Pastu, aku and family-famliy aku sume pegi mandi laut lagi.
Adalah amat masin gler air laut. Baper kali aku tersedak. hahaha.
Di laut, kami enjoy puas-puas sebab esok nak balik. hahaha.

Setelah kami naik dan membersihkan diri, aktiviti seterusnye adalah
BBQ, Noly's show, and penyampaian hadiah. Antare makanan yang dibuat
BBQ adalah ikan pari, ikan cencaru, ayam dan sotong.

Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com

Semase aku berBBQ, aku tak sempat tgok noly's show. kak Noly mengajar
budak-budak kecik membuat persembahan. Kemudian, uncle-uncle and
aunty-aunty serta anak-anak kecik berpoco-poco and bersuke ria selepas
noly's show.

Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com Image hosted by servimg.com
Image hosted by servimg.com

Malam tu, suasane amatlah meriah. Tak tau nak cakap camne. Best sangat.
Setelah selesai bersuke ria, acare penyampaian hadiah dilakukan. Acare membina
sand castle dan menghias board telah di menangi kumpulan biru. Acare body language
dan semangat kerjasame yg tinggi dimenangi kumpulan oren. Teka silang kate, acare tressure hunt
klau tak silap dan acare keseluruhan telah dimenangi kumpulan merah.
Pak long pule telah memenangi hadiah peserta terbaik. Tahniah keiry ucapkan kepade sume..
Kemudian, sesi cadangan dan kritikan diadakan. Pelbagai cadangan telah dikemukakan.

Kemudian, ayah aku, and beberapa abg sedare aku turun ke laut
tuk memancing. Agak lame tunggu, ketam lalu di depan pok syam. Die cepat-cepat
sepak ketam tu ke pasir. Beberapa minit pastu, pak Itam lak dapat ikan. Semase
diorang sume sebok memancing, aku duduk di pantai sambil merenung alam
yang terbentang luas. Aku tgok laut, bulan and bintang-bintang yg terang.
Abes je memancing, aku n beberape orang lagi duduk berdekatan dengan pak teh
and pak teh tell us some information about science and life.

Agak lame aku dengar, aku pon nek atas amek kunci kete and letak lek
joran ayah. After that, aku and sepupu-sepupu aku jadik jaga. tak tido. kitorang
lepak-lepak until 4 a.m. Pas da ngantuk, semua masuk tido.

7 Jun 2009/Ahad

Seperti bese aku bgun lambat. Amatlah rugi gler tak dapat tgok sunrise. 2 hari berturut-turut
aku bgun lambat. Dengan badan sengal-sengal, penat yg tak abes, aku bangun pegi
mandi. Pastu, aku pegi sarapan. Aku adalah antare orang-orang terakhir yg pegi breakfast.
Hohoho. Kemudian, semua orang bergotong-royong membersihkan kawasan
chalet kerana ari ni kami sume akan pulang. Selesai bergotong-royong, kami
bersalaman dan masing-masing pulang ke rumah.

Again, keiry ucapkan tahniah kepada penganjur kerane berjaye buat family day kali ni
best sangat. Keiry harap, family day taun depan dapat ikut lagi. Betape bestnye korang wat
program ni. Thankz you all!!!


.::ASSALAMUALAIKUM::.
.::kEiRy::.

3 kritikan membina:

~ziey~ said...

Hi! BW (Blog walking) n search tenet for chalet in mersing.....tetiba come acrosss ur n3 psl sri tanjung mersing neh.....besh tak? bapa rate?

~ziey~ said...
This comment has been removed by the author.
Ery said...

5 star! best...

sweet memory Daisypath Anniversary tickers