aYaH =)

hello! assalamualaikum.. agak lama tak post..senyap je...kesian cik blog ni..hehee...
hari ini saya nak share pasal ayah.. ayah siapa? ayah saya? ouh tidak.. saya nak bercakap pasal semua..
bapa - sebagai ketua keluarga, pelindung dan pemimpin dalam keluarganya. sekiranya bijak seorang bapa mendidik keluarga, maka berjayalah ahli semua dalam keluarganya. Nak jadi bapa ni susah. Besar tanggungjawab dia. So, kat sini, saya nak share pandangan saya untuk menjadi bapa yang baik.


1. Sebagai bapa, kita perlu la menjadi contoh kepada anak-anak. Don't ever buat perangai yang tak senonoh atau bukan-bukan kat depan anak-anak kita. Contoh paling simpel, kalau taknak anak-anak merokok, jangan la merokok. Solat kena jaga supaya anak-anak menjadikan contoh yang baik untuk diri mereka.


2. Berikan perhatian sepenuhnya kepada semua anak-anak. Tak kira la kalau anak yang sorang tu cantik ke, pandai ke, bodoh ke, kena bagi sama rata. Janganlah sesekali berat sebelah dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak.


3. For me, point yang ni paling penting. Luangkanlah masa yang ada dengan keluarga. Sebagai ayah, kita perlu rapat dengan anak-anak agar anak-anak akan luahkan segala masalahnya kepada si ayah. So, sebagai ayah, kita perlu menjadi teman kepada mereka dan letakkan status ayah tu sebagai status sahaja. Be a part of their life.


4. Sekiranya anak-anak gagal dalam peperiksaan atau ketelanjuran atau seangkatan dengannya, jangan la dicacimaki anak itu. Berilah semangat kepada mereka untuk hadapi peperiksaan yang seterusnya. Don't  let them down because of your mad. Beri mereka peluang untuk buktikan kebolehan mereka. Bagi anak-anak yang telanjur, jangan halau mereka daripada rumah. Terimalah mereka. Bimbing mereka semula ke jalan yang benar. Sekiranya anda membiarkan atau menghalau mereka, mereka berkeliaran semula, anda seperti membenarkan mereka melakukan semula kerja-kerja haram tu. Jadi, bimbinglah mereka semula. 


akhir sekali, saya rasa ni saja yang dapat di kongsi pada hari ini. sebelum pulang ke arau. huhuhu.

 'kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah ke hujung nyawa'

.::ASSALAMUALAIKUM::.
.::kEiRy::.






Photobucket

0 kritikan membina:

sweet memory Daisypath Anniversary tickers