Showing posts with label izzati. Show all posts
Showing posts with label izzati. Show all posts

Alhamdulillah ya Allah... (part 2)


Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami pon bergerak pulang dari rumah Mak Yam.. Waktu ni, ayah decide nak lalu Rompin. Kami ikut saja.. Keadaan pada masa itu, agak susah untuk drive.. Hari hujan.. Lalu lintas agak lengang jugak la masa lalu Rompin.. Ibu dan ayah tercari-cari kat luar. Rupa-rupannya cari udang galah..  Nampaknya kali ni bukan rezeki kami. Udang takde jual dalam perjalanan di Rompin tu.. Simpang tiga di hadapan. Ayah memusingkan stereng ke sebelah kiri untuk meneruskan perjalanan dan berhenti di bahu jalan untuk ke kedai.. Ada signboard 'Udang Galah di sini'. ibu dengan ayah turun tengok-tengok.. Tapi sayang udang dah habis. So, kami meneruskan perjalanan.. Hujan semakin lebat.. 

Lebih kurang sepuluh kilometer dari simpang Leban Condong, Pahang, ada satu selekoh yang agak bahaya. Kami tak terpikir langsung akan berlaku perkara yang tidak diingini. Jalan kelihatan menakung air agak dalam. Persona dinaiki kami lalu jalan tu.. Selepas lalu di satu selekoh yang agak bahaya, ayah cuba memusingkan kereta ke sebelah kanan.. Ayah menggelabah.. Aku yang duduk di sebelah ayah membantu memaut stereng ke sebelah kanan.. Telah ditakdirkan, stereng tu tidak bergerak walau sedikit pon. Kami berlima di dalam kereta. Ayah. ibu, aku, ira, dan izzati hanya bertawakal dengan apa yang akan terjadi selepas ini.. Persona yang kami naiki masih lagi berada dalam kelajuan.

dari atas memang tak nampak kereta ni..
persona kami jatuh ke dalam gaung
Kereta menggelongsor laju ke arah gaung di sebelah kiri jalan dan menghentam sebatang tiang eletrik sebelom jatuh ke bawah. Hanya Allah tahu macam mana perasaan ketika berada di situasi itu.. Tiang eletrik patah kelihatan dari bawah.. Alhamdulillah, tidak ada sikit calar pon pada family aku. Allah selamatkan keluarga saya. Seorang demi seorang family saya keluar dari kereta.. Aku bantu buka pintu belakang kereta yang dah terhalang dengan tali tiang eletrik untuk bagi ibu, ira dan izzati keluar dari kereta. Alhamdulillah family saya selamat.. Semua panjat ke atas jalan.. Kami kehujanan. Sebuah kereta Rusa berhenti.. Pak Su turun tanya keadaan kami diikuti beberapa buah kereta lain.

Paksu bantu kami minta bantuan dari kereta tunda. Semasa tunggu kereta tunda untuk menarik kereta ke atas jalan, ramai bertanyakan keadaan kami. Selain itu, ada yang menceritakan tentang tempat kami kemalangan itu. sebanyak kami yang keempat mengalami kemalangan di tempat yang sama dengan mangsa sebelum ni.. Semua mengalami situasi yang sama seperti stereng lock dan tidak dapat memusingkan stereng.
Pelikkan? 4 cerita yang sama di jalan yang sama.. Takpalah nak wat macam mana..Benda da jadi.. Kami redha.. Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku terhadap kami.. Ampunkan kami Ya Allah.. Alhamdulillah ya Allah.. terima kasih Ya Allah kerana selamatkan kami dan memberi kami peluang untuk bernafas lagi..

.::ASSLAMUALAIKUM::.
.::eRy::.

Photobucket

Alhamdulillah ya Allah... (part 1)

You know what... Aku mungkin dah tiada kat atas muka bumi ini lagi apabila kereta yang aku naik dah berada dalam gaung.. Amat scary..  Menakutkan dan sangat menyedihkan.. Itulah satu-satunye pengalaman yang amat menakutkan pertama kali berlaku dalam hidup aku.. Saya berhadapan dengan kemalangan..

Cerita bermula apabila kami sekeluarga ingin ke kampung kat batu pahat iaitu rumah macik aku. Niat ayah datang ke rumah makcik, adalah untuk membayar duit untuk buat korban nanti. Dipendekkan cerita, ayah bayar dan ingin ke mersing, nak melawat Tok mas yang berada di rumah Mak Yam saya. Kitorang pon tak makan la kat rumah Mak Munah (batu pahat tadi) and tetibe mak munah ngan pak Sarom follow family kitorang pergi Mersing. Yeah, aku yang drive dari BP ke mersing.. Agak terok gak jalan. potong lori, jumpe lori lagi.. Macam tu je la jalan sampai ke mersing.. Dengan jalan bengkang bengkok lagi..ades.. Sampai kene tegur skali aku bawak mcm nak berlumba drift.. Kekekeke... And sampailah ke rumah Mak Yam.. Alhamdulillah Tok Mas masih sihat cume sakit-sakit orang tua je.. Hehehe.. Malam ari yang sama, Mak Munah pulang ke rumah semula.. Keluarga aku stay and tidor kat rumah Mak Yam. Pergi rumah Mak Yam sangat-sangat lah best.. Sebab apa? Makanan sedap.. Hohohoho...

Keesokan hari, waktu pagi, ibu ayah Mak Yam and Pak Mail (laki makyam) pergi cari ikan.. Rutin harian apabila nak balik semula ke Melaka. Konpem bawak balik banyak punye la ikan.. Murah-murah kat sana. beli dari nelayan. segar + murah..peh... Sebulan aku makan ikan parang.. Hahahaa.. Mase ni jugak, mereka jalan sampai ke Endau sana.. Untuk apa? Nak cari jagung..ahahaha..sedapppp... Emmm and mase ni kitorang tak taw pon malang bakal menimpa kami.. =(

to be continued....

.::ASSALAMUALAIKUM::.
.::eRy::.
Photobucket

sELamAt TahUn BarU!!

welcome 2012 goodbye 2011..
pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru!
aku kat sini nak mengucapkan selamat tahun baru kepada semua!
moga tahun 2012 lebih baik daripada tahun 2011..
azam lame dah tercapai ke belom? hehehe...
biasa la tu asal tahun baru je semua sibuk nak berazam..
tapi ada jugak yang tak tercapai..
banyak peristiwa yang mewarnai kehidupan kite semua tahun ni..
and aku nak share jugak ape yang mewarnai hidup aku dalam tahun ni..:)
macam-macam perkara berlaku..dari yang baik sampai la kurang baik..eheehee..

#1   pengubahsuaian latar belakang blog ni! hehehe..
dengan pertolongan beberapa orang rakan dan stalk sane stalk sini...maka terhasil la background baru..
maybe ada yang tak suke blog ni..tapi takpa la..aku just nak wat blog ni nampak ceria..
walaupon aku kurang ceria..ahahaha...

#2  my 20th bufday!! 11.4.11 memang urgh! asek aku je plan kene kan orang..sekali aku pulak yang kene..
entah ape bende tah yang buat aku nak tengok match man u kol 2 lebih join budak-budak rumah sewa ni..
taw-taw diorang nak kenakan aku..hahaha..macam orang giler aku lari..tak pernah buas macam tu..hahaha..and mase ni jugak dapat kek special dari si dia! hehehehe..thankz!

hahah gambar paling teruk dalam hidup aku! urgh...

 mangsa..

#3  dapat keluar jalan dengan si die..for the first time...jalan-jalan, tengok wayang..pergi gua kelam...ahahaha..memory..takleh citer panjang2! ngeh3...

#4  something happen....tanak citer lebih...masih in progress..

#5 maybe saya semakin hilang tempat nak mengadu..seorang demi seorang pergi..huhuhu..biarlah..aku belajar untuk simpan sendiri..maybe cara ini lebih baik..^_^

ape ape pon..saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua..semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat...and minta jasa baik kawan-kawan untuk mendoakan kesejahteraan ayah saya yang sedang mengalami sakit buah pinggang..moga beliau dapat harungi hidup ini dengan tabah..

Ibu, along, angah, ira dan izzati sentiasa mendoakan ayah agar tabah dan kuat untuk melalui ape yang telah terjadi sekarang ni..we love you dad..and we will never stop loving you! from your children and your wife! 

*sorry post untuk new year tak berapa best.. 

.::ASSALAMUALAIKUM::.
.::eM kAy Ey::.

Photobucket
sweet memory Daisypath Anniversary tickers