Alhamdulillah ya Allah... (part 2)


Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami pon bergerak pulang dari rumah Mak Yam.. Waktu ni, ayah decide nak lalu Rompin. Kami ikut saja.. Keadaan pada masa itu, agak susah untuk drive.. Hari hujan.. Lalu lintas agak lengang jugak la masa lalu Rompin.. Ibu dan ayah tercari-cari kat luar. Rupa-rupannya cari udang galah..  Nampaknya kali ni bukan rezeki kami. Udang takde jual dalam perjalanan di Rompin tu.. Simpang tiga di hadapan. Ayah memusingkan stereng ke sebelah kiri untuk meneruskan perjalanan dan berhenti di bahu jalan untuk ke kedai.. Ada signboard 'Udang Galah di sini'. ibu dengan ayah turun tengok-tengok.. Tapi sayang udang dah habis. So, kami meneruskan perjalanan.. Hujan semakin lebat.. 

Lebih kurang sepuluh kilometer dari simpang Leban Condong, Pahang, ada satu selekoh yang agak bahaya. Kami tak terpikir langsung akan berlaku perkara yang tidak diingini. Jalan kelihatan menakung air agak dalam. Persona dinaiki kami lalu jalan tu.. Selepas lalu di satu selekoh yang agak bahaya, ayah cuba memusingkan kereta ke sebelah kanan.. Ayah menggelabah.. Aku yang duduk di sebelah ayah membantu memaut stereng ke sebelah kanan.. Telah ditakdirkan, stereng tu tidak bergerak walau sedikit pon. Kami berlima di dalam kereta. Ayah. ibu, aku, ira, dan izzati hanya bertawakal dengan apa yang akan terjadi selepas ini.. Persona yang kami naiki masih lagi berada dalam kelajuan.

dari atas memang tak nampak kereta ni..
persona kami jatuh ke dalam gaung
Kereta menggelongsor laju ke arah gaung di sebelah kiri jalan dan menghentam sebatang tiang eletrik sebelom jatuh ke bawah. Hanya Allah tahu macam mana perasaan ketika berada di situasi itu.. Tiang eletrik patah kelihatan dari bawah.. Alhamdulillah, tidak ada sikit calar pon pada family aku. Allah selamatkan keluarga saya. Seorang demi seorang family saya keluar dari kereta.. Aku bantu buka pintu belakang kereta yang dah terhalang dengan tali tiang eletrik untuk bagi ibu, ira dan izzati keluar dari kereta. Alhamdulillah family saya selamat.. Semua panjat ke atas jalan.. Kami kehujanan. Sebuah kereta Rusa berhenti.. Pak Su turun tanya keadaan kami diikuti beberapa buah kereta lain.

Paksu bantu kami minta bantuan dari kereta tunda. Semasa tunggu kereta tunda untuk menarik kereta ke atas jalan, ramai bertanyakan keadaan kami. Selain itu, ada yang menceritakan tentang tempat kami kemalangan itu. sebanyak kami yang keempat mengalami kemalangan di tempat yang sama dengan mangsa sebelum ni.. Semua mengalami situasi yang sama seperti stereng lock dan tidak dapat memusingkan stereng.
Pelikkan? 4 cerita yang sama di jalan yang sama.. Takpalah nak wat macam mana..Benda da jadi.. Kami redha.. Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku terhadap kami.. Ampunkan kami Ya Allah.. Alhamdulillah ya Allah.. terima kasih Ya Allah kerana selamatkan kami dan memberi kami peluang untuk bernafas lagi..

.::ASSLAMUALAIKUM::.
.::eRy::.

Photobucket

Alhamdulillah ya Allah... (part 1)

You know what... Aku mungkin dah tiada kat atas muka bumi ini lagi apabila kereta yang aku naik dah berada dalam gaung.. Amat scary..  Menakutkan dan sangat menyedihkan.. Itulah satu-satunye pengalaman yang amat menakutkan pertama kali berlaku dalam hidup aku.. Saya berhadapan dengan kemalangan..

Cerita bermula apabila kami sekeluarga ingin ke kampung kat batu pahat iaitu rumah macik aku. Niat ayah datang ke rumah makcik, adalah untuk membayar duit untuk buat korban nanti. Dipendekkan cerita, ayah bayar dan ingin ke mersing, nak melawat Tok mas yang berada di rumah Mak Yam saya. Kitorang pon tak makan la kat rumah Mak Munah (batu pahat tadi) and tetibe mak munah ngan pak Sarom follow family kitorang pergi Mersing. Yeah, aku yang drive dari BP ke mersing.. Agak terok gak jalan. potong lori, jumpe lori lagi.. Macam tu je la jalan sampai ke mersing.. Dengan jalan bengkang bengkok lagi..ades.. Sampai kene tegur skali aku bawak mcm nak berlumba drift.. Kekekeke... And sampailah ke rumah Mak Yam.. Alhamdulillah Tok Mas masih sihat cume sakit-sakit orang tua je.. Hehehe.. Malam ari yang sama, Mak Munah pulang ke rumah semula.. Keluarga aku stay and tidor kat rumah Mak Yam. Pergi rumah Mak Yam sangat-sangat lah best.. Sebab apa? Makanan sedap.. Hohohoho...

Keesokan hari, waktu pagi, ibu ayah Mak Yam and Pak Mail (laki makyam) pergi cari ikan.. Rutin harian apabila nak balik semula ke Melaka. Konpem bawak balik banyak punye la ikan.. Murah-murah kat sana. beli dari nelayan. segar + murah..peh... Sebulan aku makan ikan parang.. Hahahaa.. Mase ni jugak, mereka jalan sampai ke Endau sana.. Untuk apa? Nak cari jagung..ahahaha..sedapppp... Emmm and mase ni kitorang tak taw pon malang bakal menimpa kami.. =(

to be continued....

.::ASSALAMUALAIKUM::.
.::eRy::.
Photobucket

MoViE's TiMe!


Hollaaa.. Hari ni aku nak share cerita yang aku tertunggu-tunggu lame dah.. Kalau tengok kat official page diorang citer neh keluar 14 september tapi 13 september dah sampai Malaysia.. So, dengan pantas aku pergi tengok.. Maklom la cerita dah lame tunggu nak keluar.. rindu sangat kat Alice! ahahaha.. Alice?? jeng3.. cerita ape tu ek? Meh tengok bawah.

Resident Evil: Retribution
Cerita ini sungguh awesome.. Ahahah.. Aku bagi 5 bintang penuh! Dibintangi Milla Jovovich and Li bingbing sebagai main character.. Betol ke tidak link li bingbing.. ahaha.. dua gadis cantik yang hidup dikelilingi zombie.. style.. tapi dalam cerita neh.. wesker (orang jahat berkaca mata hitam) anta satu pasukan untuk selamatkan Alice dari Umbrella corporation. then macam-macam dua orang heroin dengan team  yang dihantar tu kene tempuh. zombie semua lagi dasyat dari zombie dulu-dulu.. memang osem la..
 

jalan cerita Resident Evil kali ni tidak membosankan. Duration cerita ini dalam satu jam lebih.. hampir ke dua jam juga. Di sini juga saya menyarankan agar anda tengok cerita ini dalam versi 3D. Seriusly cerita ini memang best kalau layan dalam 3D. Banyak adegan aksi yang menarik dalam cerita ini yang sesuai tengok dalam 3D. And macam biasa.. ending cerita ini adalah untuk intro akan datang.. Alice dapat balik kuasa dia dan mereka berlima akan bekerjasama menumpaskan Red Queen dalam cerita akan datang.

tu je kot nak update kali ini. huhuhu..sorry kalau cara penulisan nampak merapu.. otak tengah miong-miong mase tulis ni..ahahaha..orait..got to go..away~

p/s: sorry ibu, along guna duit beli barang-barang drawing untuk tengok cerita neh..
nanti along ganti balik.. :P

.::ASSALAMUALAIKUM::.
.::eRy::.
Photobucket

This Feeling Are Returning


First of all Alhamdulillah syukur Ya Allah. Saya dah lama tak rasa macam ni biler dapat keputusan exam. last dapat rase perasaan neh, mase waktu sekolah..seriusly.. ahaha.. tu pon sampai biler je.. masuk ipta dulu.. langsung tak rasa perasaan neh.. maybe sebab malas, or macam2 lagi la kot? hehehe.. maybe bukan rezeki kat sana.. sebab tu tak dapat rasa macam ni.. huhuhuh..

and kat sini juga aku nampak maybe hipotesis aku dulu betol.. "semakin jauh aku dari rumah, semakin jatuh keputusan aku".. sk air molek paling dekat aku dapat score..and arau paling jauh..terus kondem kat situ.. teruk.. kena perli kene marah ngan ayah. kalau korang kene mesti korang tak tahan. ahahahaha...honestly tak tipu..aku nangis nak hadapi benda-benda neh. lepas neh kaw-kaw aku belaja balik.. aku akan buktikan nanti..

and one of my try success dad.. cume along belom sedia nak bagitaw ayah lagi.. hahahaha.. nanti bia ayah yang tanye keputusan tu.. baru along jawab dengan bangganya.. :P by the way, dean list adalah 3.8.. sakit...susah gler nak dapat...adoi ai... kalau kat ipt laen maybe dah dean list dah...haish...nasib badan.. syukur dapat result cmni..yeay! tu je la nak merapu..hik3..orait tata..

i wish: 
hope ayah akan makin sehat dan kuat.. untuk lihat kejayaan anak-anak ayah.. 

.::ASSALAMUALAIKUM::.
.::eRy::.
Photobucket

peluang kedua part 2

...... dipendekkan cerita..aku usha la KLMU kat tenet..ade kos aku minat..tapi memandangkan keadaan aku sekarang neh, aku tak isi pon form tu..aku tak dapat dah nak merantau macam dulu neh.. aku banyak sedia pada kecemasan yang mungkin boleh berlaku secara tiba-tiba...who knows..mase aku takde baru kecemasan berlaku, so aku decide tak yah la pergi luar daripada Melaka la kalau nak start blaja balik sekalipun..huhuhu...cukup la perlis dulu..huhuhuh.. macam-macam jadi..

sedang aku sibuk wat keje kat kilang mase tu, aku dapat panggilan dari KLMU.. sebelom tu.. Sarwana dah register kan saya kat KLMU tu.. akak yang kol dari KLMU tu explain la macam2..aku pon kurang berminat pada mulanya.. then die jawab soalan aku, ada cawangan die berserta kos aku nak kat melaka.. aku dengan pantas amek details..so aku ade la kelentong bos sket..cakap nak keluar..ada urusan..padahal nak pergi kat cawangan KLMU tu..so lepas dah bincang ngan ayah, ibu, makcau, pakcau semua, aku pon decide nak study blik kat kolej tu..huhuhuh...3 tahun kene start blik blaja..huhuhu...takpe la...pasneh..aku janji takkan berulang lagi bende sebelom neh..so selamat tinggal DK..selamat tinggal abang azmi, nazkhood, aboy, kak sue, n bos encik yusoff.. jumpe lagi satu hari nanti..huhuhuh.. 

memang makan banyak masa nak uruskan before masuk tu.. pergi sane pergi sini..uruskan surat benti keje..hahahah..letih..and leceh...so, bermula 4 Jun 2012..bermula la kisah aku..yang baru... selamat berjuang khairi! go! go! GO! 
Photobucket
sweet memory Daisypath Anniversary tickers